12/12/2006

Cerpen terbaik - Singapura tahun 2007

CERPEN TERBAIK - SINGAPURA TAHUN 2007.

Sebenarnya aku memang rasa malas nak tulis!
Kepala aku pening
Badan aku letih!
Hati aku sakit!
Betul2 punya sakit!

Rasa bosan dengan Singapuraku semakin bertambah2!
Sebabnya adalah mudah....
CUKAI!
CUKAI!
Cukai GST 7% ....!

Aku bertambah meluat dengan sikap pemrintah Singapura ku!
Dan itulah kisah pengakhir tahun 2006 ku...

20/02/2006

Cerpen terbaik sebuah cereka

CERPEN TERBAIK SEBUAH CEREKA

Supaya mudah difaham....
Biarlah dijelaskan disini....
Bahawa sebuah karya cerpen itu ialah sebuah karya cerita reka (cereka)...imaginasi seorang penulis yang menghasilkan sebuah tulisan pendek hasil daya fikir imaginasinya!

Cerpen adalah bererti cerita pendek.
Cerpen juga bererti cerita pendek yang direka tulis.. (cereka)

Cerpen bukanlah sebuah berita informasi tulin!
Cerpen bukanlah sebuah tulisan journal peribadi!
Cerpen bukanlah sebuah novel!
Cerpen bukanlah ....bukanlah....bukanlah...

CERPEN ADALAH SEBUAH CEREKA...!! (cerita yang direka)

Olih itu...
Kita tidak perlu rasa ragu untuk mengarang sebuah CEREKA!
Kita tidak perlu merasa bimbang untk mengarang sebuah cerita reka!
Kita tidak perlu merasa takut untuk mengarang sebuah karya imaginasi kita!
Walaupun ada orang yang mengatakan bahawa itu adalah sebuah kisah yang benar!....kerana tajuk cereka kita itu adakah CERPEN!

Mari kita terus menulis CERPEN!

 

14/11/2005

Cerpen terbaik selamat hari raya idul fitri - Bulan Syawal

CERPEN TERBAIK SELAMAT HARI RAYA IDUL FITRI - BULAN SYAWAL

Selamat hari raya idul fitri...maaf zahir dan bathin!
Tangan dihulur,  ampun dan maaf dipinta
Buang yang keruh,  ambil yang jernih.

Aku pun seperti biasa melalui hari2 dibulan syawal ..bulan hari raya ini dengan menziarah kerumah sanak saudara serta sahabat handai.....

Bermacam2 perasaan melanda diri ku ini!
Kadang2 tercucur juga setetes air-mata apabila melihatkan mereka2 itu saling bersalam-salaman memohon ampun dan maaf diantara satu sama lain....

Itulah dia semangat hari raya idul fitri!
Satu budaya pengerat tali siraturrahim sesama saudara seagama dan sebangsa.
Tidak kira dimana pun mereka berada.
Dan...aku tersentuh!

Apa pun yang telah berlaku
Setiap manusia ada kelemahan dan kesilapannya
Termasuk diriku juga.....

MAKA...
Hari raya idul fitri adalah penawarnya!
Penawar dan pelembut hati manusia yang keras!
Supaya cuba berusaha merendah diri dengan memohon maaf kepada yang lain
Dengan wajah dan hati yang penuh keikhlasaan
Mengharap ampunan dan keredaan Tuhan...!

 

07/09/2005

Cerpen terbaik apa?

CERPEN TERBAIK APA?

Apa yang hendak dikata?
Hidup di Singapura....
Dan dia pun tahu yang dia tidak dapat berbuat apa-apa!
Keadaan disekelilingnya sudah sebegitu rupa.
Manusia2 di Singapura memang sudah ramai yang gilakan wang dan kekayaan!
Sudah ramai yang mulai lupa bahawa hidup didunia ini cuma sementara.

Apa pun yang dia fikirkan, namun masa tetap berjalan terus.
Dia saolah2 dapat merasakan bahawa keruntuhan nilai2 moral manusia2 disekelilingnya semakin menjadi2!
Dia juga dapat melihat keruntuhan semangat jiwa2 islam didalam diri kebanyakkan masyarakat islamnya!

* Kau tahu tak ?.....anak aku sudah mula jadi liar! Anak aku sudah tidak mahu lagi beribadat! *
* Anak aku sudah berfikiran barat! *
* Anak aku sudah tidak lagi mementingkan nilai2 islam dan semangat islam didalam dirinya! *
* Anak aku sudah cenderung hati kesukaannya dan fikirannya kepada budaya barat dan gaya hidup ala barat! *
* Anak aku sudah tidak lagi mahu mendengar nasihat aku! *

Kata2 itu masih terngiang2 ditelinganya.
Kata2 keluhan hati dari seorang kawan ditempat kerjanya.
Dan dia cuma dapat memberi sedikit simpati kepada kawannya itu.
Masing2 merasa begitu lemah. Masing2 tidak dapat berbuat apa2!

Dia terus berfikir....
Dan masa tetap berjalan terus....

10/07/2005

Cerpen Terbaik Umat Islam Kini.

CERPEN TERBAIK UMAT ISLAM KINI.

Aku telah lama berfikir...
Kenapa umat islam mundur dan kocar kacir?
Kenapa umat islam lemah iman dan lemah semangat persaudaraannya?
Kenapa umat islam tidak bersatu?
Kenapa umat islam senang diperbodoh2kan oleh musuhnya?

Aku juga telah lama berfikir...
Kenapa umat islam masih lemah imannya?
Kenapa umat islam masih lemah islamnya?
Dan...
Aku masih membuat kajian tentang itu semua!

Kali ini aku cuba memberi pendapat ku tentang semua soalan2 diatas tadi secara ASAS sahaja.
Kerana aku masih belum habis kajian ku tentang perkara2 diatas tadi!
Selebihnya...terpulanglah kepada pembaca2 sekelian membuat kesimpulan.

Jawapan kepada soalan2 diatas tadi ialah...
Umat islam mempunyai terlalu banyak masaalah sikap dan masaalah hati-jiwa!
Umat islam mempunyai terlalu banyak penyakit SIKAP dan penyakit hati jiwa!
Umat islam mesti mengubah sikap mereka dan memperbetulkan hati-jiwa mereka!
Mereka mesti memeriksa sikap mereka sendiri dan juga memeriksa hati-jiwa mereka sendiri.   Dan kemudian mereka perlu berusaha bersungguh2 memperbetulkan,  memperbaiki sikap dan hati jiwa mereka!
Selagi mereka tidak memperbetulkan sikap dan hati-jiwa mereka.....selagi itulah mereka tidak akan kuat iman,  tidak akan kuat islam,   tidak akan bersatu,  mundur,  sentiasa lemah dan kocar kacir!

Ubat yang paling baik untuk memulakan langkah pertama pengobatan masaalah sikap dan hati jiwa umat islam ialah....
Mereka mesti diasuh,  di didik,  ditanamkan dan ditiupkan semangat pentingkan masyarakat islam mereka sendiri ....lebih daripada diri mereka sendiri!
Mereka perlu diasuh supaya jangan pentingkan diri mereka sendir...tetapi hendaklah bersemangat pentingkan bangsa masyarakat islam mereka!
Dengan cara inilah,  iman mereka akan kuat!
Dengan cara inilah islam mereka akan kuat!
Dengan cara sikap dan jiwa beginilah mereka hidup dan mati!

Katakan kapada mereka...!!!
Kita mesti pentingkan bangsa islam kita lebih daripada diri kita sendiri!
Kita mesti utamakan kepentingan masyarakat islam kita...lebih daripada keluarga kita dan diri kita sendiri!
Kita mestilah mempunyai semangat bermasyarakat epanjang hayat!
Kita mesti ajar tentang ini kepada anak2 kita!
Kita mesti tanamkan semangat begini didalam anak2 kita dan diri kita sendiri!
Semangat mementingkan masyarakat islam!
Semangat mengutamakan masyarakat umat islam lebih dari diri sendiri!
Semangat berkorban sepanjang hayat untuk masyarakat islam!
Semangat tidak mementingkan diri sendiri..tetapi lebih mementingkan masyarakat islam!
Semangat itulah yang mesti ada pada semua umat islam!

Kita mesti bersemangat seperti orang2 soleh dahulukala!
Kerana ...orang2 soleh dahulu kala tidak mementingkan diri mereka!
Orang2 soleh dahulukala lebih mementingkan masyarakat islam mereka lebih daripada diri mereka sendiri sepanjang hayat mereka!
Itulah jalannya dan caranya...orang2 soleh dahulukala menguatkan iman mereka didalam hidup mereka!
Itulah corak sikap orang2 soleh dahulukala!
Itulah hati jiwa orang2 soleh dahulukala!
Dan itulah juga sikap dan hati jiwa sekelian para2 rasul Tuhan!

Selagi kita tidak bersikap seperti mereka...selagi itulah kita akan sentiasa lemah iman,  lemah islam,  sentiasa tidak bersatu, kocar kacir dan tidak akan mendapat kekuatan jiwa!

Olih itu...
Usaha untuk mempunyai sikap dan hati jiwa seperti orang2 soleh dahulukala adalah amat penting sekali!
Tidakkah kita mahu jadi seperti mereka?...(orang soleh dahulukala )


01/07/2005

Cerpen Terbaik Mari Menulis Puisi Dan Kritik

CERPEN TERBAIK MARI MENULIS PUISI DAN KRITIK.

Aku menyeru semua orang2 melayu islam di Singapura supaya menulis didalam blog percuma ini!
Mari kita gunakan alat moden ini untuk menulis!

Kita ajak kawan2 kita menulis.
Katakan kepada mereka bahawa.....
Mereka boleh menulis PUISI CINTA.
Mereka boleh menulis PUISI KASIH.
Mereka boleh menulis CERITA CINTA ROMANTIS.
Mereka boleh menulis PUISI TERBAIK mereka.
Tiada sesiapa yang melarang!

Mereka boleh menulis journal peribadi mereka.
Mereka boleh menulis CERPEN TERBAIK.
Mereka boleh menulis KRITIK MASYARAKAT!
Atau apa-apa sahaja!
Mereka bebas menulis didalam blog2 percuma yang amat banyak didalam alam cyber ini!  Mereka tidak dikenakan sebarang bayaran...kerana ia adalah PERCUMA!!

Kita pupuk semangat menulis didalam diri kita dan masyarakat kita.   Supaya mereka berani menulis dan memerhatikan keadaan sekeliling mereka!   Mereka boleh menulis berbahasa melayu tentang apa2 yang mereka lihat dan dengar.  

Terangkan kepada mereka bahawa menulis didalam blog percuma ini amat mudah! (tidak dikenakan sebarang bayaran)
Mereka akan dapat meluahkan perasaa yang terbuku didalam dada mereka!   Mereka tidak perlu takut untuk menulis!
Jangan percaya kepada kata2 yang cuba menghalang kebebasaan kita untuk menulis!
Sistem democracy tidak menghalang kita untuk menulis!
Kita bebas mengkritik apa2 yang kurang baik yang kita lihat atau dengar!
Kita mengkritik untuk kebaikkan masyarakat kita dan negara kita!
Kita mengkritik untuk kebaikkan seluruh umat manusia!

Dan jadilah manusia2 yang bebas dari ketakutan untuk bersuara dan menulis!

 

30/06/2005

Cerpen Terbaik Kebahagian.

CERPEN TERBAIK KEBAHAGIAN.

Kita boleh bertanya kepada diri kita sendiri apa itu kebahagian?
Apa itu kesenangan?
Apa itu kebahagian?
Apa itu ketenteraman jiwa?

Kita perlu duduk sebentar dengan fikiran yang tenang dan waras sambil merenung dan berfikir tentang itu!

Cuba kita lihat disekeliling kita!
Kita lihat manusia2 disekeliling kita. Kita lihat jiran2 kita, ahli keluarga kita, kawan2 kita, masyarakat kita dan akhir sekali...kita lihat diri kita sendiri.....
Kita akan dapati...semua manusia mengejar kebahagian didalam hidup mereka ini!

Dan kemudian....
Mari kita buat kajian tentang tajuk itu!

Kita akan dapati....semua manusia yang hidup didunia ini cuba berusaha mengejar kebahagian masing2 didalam bentuk perkara yang berbedza-bedza dan berbagai2 cara yang berbedza2!

Ada yang bahagia kerana berjaya didalam pelajaran dan jawatan mereka....
Ada yang bahagia kerana mempunyai kekayaan harta benda dan maju perniagaan mereka..
Ada yang bahagia kerana berjaya mendapatkan apa2 cita2 kebendaan mereka...
Ada yang bahagian kerana mempunyai keluarga kukuh dan mesra lagi berkasih sayang!
Ada yang bahagia kerana dapat mengerjakan amal soleh.
Ada yang bahagia kerana merasa cinta kepada Tuhannya....
Dan berbagai2 bentuk dan contoh lainnya....

Dengan lain perkataan....
Semua manusia cuba mengejar kebahagian masing2!
Sedar ataupun tidak....sengaja atau pun tidak....semua manusia adalah didalam perjalanan kearah itu!

Agama Islam telah mengajar manusia fahaman2 dan cara2 untuk mencapai kebahagian di dunia dan akhirat!
Manusia yang waras dan berakal akhirnya akan bersetuju bahawa...agama islam adalah cara2 dan jalan yang terbaik untuk manusia mencapai kebahagian hati perasaan dan jiwa yang murni!

Sebagai umat islam....marilah kita mengejar kebahagian hidup didunia dan akhirat dengan mengunakan kaedah agama islam kita sendiri sebagai pedoman hidup!

Tiada jalan lain melainkan dengan pedoman Al Quran dan sunnah Rasul...!!
Buat mencapai kebahagian hidup didunia dan akhirat !!

06/06/2005

Cerpen Terbaik Umat Islam.

CERPEN TERBAIK UMAT ISLAM.

Ingin aku katakan disini....
Jika ada sesiapa yang bertanyakan kepada kita tentang agama islam dan umat islam....
Hendaklah kita jawab dan jelaskan dengan jawapan yang amat mudah seperti dibawah ini!

Tulisanku dibawah ini akan menjelaskan banyak soalan2 tentang islam dan umat islam!
Dan aku mulakan dengan kata-kata seperti begini...!

Katakan kepada mereka.....!

Kita umat islam hanya mahu hidup untuk menyembah TUHAN!
Kita umat islam hanya mahu hidup untuk berbuat baik sesama manusia!
Kerana itulah yang disuruh oleh TUHAN kita!
Kerana itulah yang diperintahkan oleh TUHAN kita!
Kerana TUHAN kita mahu semua umat islam yang hidup didunai ini menyembah DIA!
Kerana TUHAN kita mahu semua umat islam berbuat baik kepada semua manusia didunia ini!

Katakan kepada mereka....!
Itulah dia ideologi agama islam kita!
Itulah dia ideologi hidup kita
Itulah dia cita-cita hidup mati kita!
Itulah dia matlamat hidup kita!
Itulah dia pendidikan agama islam kita!
Itulah dia budaya hidup umat islam kita!
Itulah dia yang telah diajarkan dan disampaikan oleh RASUL kita!
Itulah dia yang termaktub di dalam kitab al Quran kita!
Dan....
Itulah dia sebenar-benarnya umat islam!!!

Katakan kepada mereka....
Kita umat islam hanya mahu hidup untuk menyembah TUHAN!
Kita umat islam hanya mahu hidup untuk berbuat baik sesama manusia!

Katakan kepada mereka...
Kita umat islam hidup bukan kerana mengejar harta
Kita umat islam hidup bukan kerana mengejar kaya
Kita umat islam hidup bukan kerana mengejar nama
Kita umat islam hidup bukan kerana mengejar kesenangan dunia
Kita umat islam hidup bukan kerana mengejar kuasa
Kita umat islam hidup bukan kerana mengejar pangkat dan kedudukan
Kita umat islam hidup bukan kerana mengejar haloba dunia
Kita umat islam hidup bukan kerana mengejar dan menjajah dunia
Kerana....
Kita umat islam hanya mahu hidup mencari keredaan TUHAN kita dan menyembah TUHAN kita!

Apa salahkah kita umat islam yang mahu hidup hanya kerana untuk menyembah TUHAN kita?
Apa salahkah kita umat islam yang mahu hidup untuk berbuat baik sesama manusia kerana mengharap keredaan TUHAN kita?
Apakah itu agama yang salah dan ganas?
Apakah itu ajaran setan dan iblis?
Apakah itu satu tipuan?
Apakah itu satu agama yang sesat?
Apakah itu satu kemunduran?
Apakah itu satu kejahilan, kepalsuan dan kebodohan?
Apakah itu satu kezaliman?

Jawapannya ialah....TIDAK sama sekali!

Oleh itu....
Kita katakan kepada mereka lagi....
Semua manusia akan mati pada satu hari nanti..!
Dan kita umat islam mahu hidup untuk menyembah TUHAN kita dan berbuat baik sesama manusia!
Dan kita juga akan mati dan kembali kepada TUHAN kita didalam keadaan begitu!

11/05/2005

Cerpen Terbaik Mudah.

Image hosted by Photobucket.com

Hidup ini adalah mudah!
Menjalani kehidupan ini adalah sesuatu yang mudah. Cuma manusia sahaja yang merumitkannya!
Kita sudah tidak tahu untuk berfikir secara mudah! Kita sudah terperangkap dengan cara pemikiran dan sudut pandangan yang rumit. Kita sudah terpedaya dengan berbagai2 ideologi yang rumit lagi merumitkan fikiran dan membebankan!

Sebab itu, kita menjadi rumit!
Sebab itu hidup kita menjadi rumit!
Yang akhirnya cuma tinggal memikul beban pemikiran didalam kehidupan kerana kebodohan diri kita sendiri. Kebodohan kerana tidak tahu berfikir secara mudah dan simple. Kebodohan kerana tidak tahu hidup dengan mudah dan simple!
Kebodohan kerana tidak mempunyai ideologi hidup yang mudah lagi simple!

Hidup ini penuh dengan propaganda!
Kita sudah terlalu terpengaruh dan dipenuhi dengan percampuran dengan ramai manusia2 yang rumit yang memperopangandakan idea2 hidup yang rumit!
Ada yang terlalu berfikir untuk berjaya didalam hidupnya!
Ada yang terlalu berfikir untuk menjadi kaya-raya dan hidup mewah didalam hidup ini. Ada yang terlalu berfikir untuk mencapai sesuatu kejayaan didalam hidup mereka.

Macam2 propaganda!
Macam2 idea tentang kehidupan!
Macam2 saranan dan cadangan..!

Masing2 telah bekerja keras dan berfikir bersungguh sehingga menjadi rumit dan kusut!
Berfikir....terus berfikir...fikir...fikir...sehingga kepenatan dan menjadi rumit!
Berusaha...terus berusaha....usaha...usaha.... sehingga keletihan dan menjadi stress!

Ini semua kerana faktor keadaan sekeliling yang penuh dengan orang2 yang rumit lagi bodoh!
Bodoh kerana tidak tahu tentang ideologi kehidupan yang mudah lagi simple!
Bodoh tentang betapa mudahnya kehidupan ini!
Bodoh kerana terlalu mengikutkan hawa-nafsu kedunian!
Bodoh kerana tidak sedar bahawa kematian itu pasti tiba tidak kira sesiapa dan pada bila2 masa sahaja!

Aku kata sekali lagi bahawa hidup ini adalah mudah!
Kerana kita mempunyai ideologi hidup yang mudah lagi simple!
Ideologi kita ialah hidup ini cuma untuk beribadat kepada Tuhan kita dan berbuat baik kepada sesama manusia!
Menyembah Tuhan dan berbuat baik kepada manusia itu adalah sesuatu yang mudah dan simple!

Kita tidak memerlukan kekayaan dan kemewahan hidup untuk menyembah Tuhan kita!
Kita tidak memerlukan banyak kepandaian untuk meneruskan hidup buat menyembah Tuhan kita!
Kita tidak memerlukan gaya hidup mewah atau jawatan2 tinggi untuk menyembah Tuhan kita!
Yang kita perlukan ialah sekeping hati yang jujur lagi ikhlas didalam hidup ini buat menyembah Tuhan kita!
Itulah lah dia satu ideologi hidup yang amat mudah lagi simple yang sesuai untuk semua manusia didunia ini yang berakal waras!

Ideologi yang amat mudah lagi simple..!
Ideologi hidup menyembah Tuhan dan berbuat baik sesama manusia!
Dan kita tidak memerlukan ideologi2 lain yangmerumitkan kepala yang penuh dikuasai oleh hawa-nafsu yang membebankan diri kita dan kehidupan kita!

21/04/2005

Puisi Terbaik Peraduan Mengarang 2005.

Image hosted by Photobucket.com

Sebelum terlambat...
Berita untuk semua peminat seni sastera di Singapura.

Pengumuman untuk Peminat2 Sastera diSingapura.
Kepada PENULIS2 dan PENGARANG2 CERPEN diSingapura dan juga PENYAIR PUISI diSingapura, disini ada maklumat untuk anda.

PERTANDINGAN MENULIS CERPEN DAN PUISI diSINGAPURA
ANUGERAH PENA EMAS 2005
Anjuran NATIONAL ARTS COUNCIL SINGAPORE

Untuk pengetahuan anda.
IKLAN tentang pertandingan ini telah pun disiarkan didalam...
Suratkhabar BERITA HARIAN SINGAPURA bertarikh 29 mac 2005 dimuka surat 05. (sila rujuk )
Tarikh tutup untuk menyertai pertandingan tersebut ialah 23 mei 2005.
Sila dapatkan borang penyertaan di pejabat MAJLIS SENI KEBANGSAAN (NAC) atau melalui lelaman internet NAC di http://www.nac.gov.sg/
Segal pertanyaan bolehlah menghubungi pihak NAC.

Pertandingan ini telah ditaja oleh,
PRESS FOUNDATION OF SINGAPORE dan juga,
SINGAPORE PRESS HOLDINGS.

Satu berita baik buat peminat2 seni penulisan sastera berbahasa melayu diSingapura.
Aku mengalu2kan usaha pihak national arts council Singapore kerana menganjurkan pertandingan ini. Ini adalah satu usaha yang baik untuk mengalakkan perkembangan seni tulisan sastera melayu diSingapura.

Kepada semua PENGARANG CERPEN TERBAIK, PENYAIR PUISI TERBAIK Singapura dan PENULIS SINGAPURA pendatang baru.... harap silalah ambil bahagian.

07/04/2005

Puisi Terbaik-Penyair Mohamad Elias Bin Yusuf Singapura.

Image hosted by Photobucket.com

PUISI TERBAIK SINGAPURA
MENITI JEMBATAN.

Sudah berapa kali
jembatan ini rapuh
dimakan panas dan hujan
kasihan kulitnya berkedut
dadanya mengerut kehancuran

Sudah berapa kali
jambatan ini bertukar
berbagai corak rekaan
demi mengeratkan dua pihak
yang terpisah

Sudah berapa kali
mereka meniti jembatan ini
pun tidak pernah menghiraukan
cuma tahu memakai
dari perusaha membuatnya.


P.S.
Ulasan puisi..
Ku abadikan puisi seorang teman ku didalam blog ku ini ...
Penyair Singapura Saudara Mohamed Elias Yusuf...
(sudut penulis-perpustakaan Toa Payoh Singapura)

Semoga kita dapat ketemu kembali...
Buat mengisi dan memenuhi dunia sastera melayu Singapura
Dengan karya2 tulisan penulis cerpen dan penyair Singapura
Kearah menambahkan peminat2 sastera melayu Singapura...

30/03/2005

Puisi Terbaik-Sayang Mas Merah.

Image hosted by Photobucket.com

PUISI TERBAIK-
SAYANG MAS MERAH
( apologi untuk seorang saudara )

Kau letakkan rekahan hatimu
kian kusuh retak seribu
dalam dendangan pilu
untuk dikirimkan
pada mas merahmu.

sayang mas merah dari seberang
airmata mu tangisannya jua
sekadar curahannya berbedza
bagai melamar mimipi semalam
sambil memohon angin dingin mendodoikan
biar melewati irama hiba.

kini duka mengisi ruang
kesunyian kembali bersuara dimana-mana
kekasih hati ditangan orang
rindu ditanggung seorang diri.

P.S.
Ulasan puisi..
Ku abadikan puisi seorang teman ku didalam blog ku ini ...
Penyair Singapura Puan Sarifah Yatiman...
(sudut penulis-perpustakaan Toa Payoh Singapura)
Semoga kita dapat ketemu kembali...
Buat mengisi dan memenuhi dunia sastera melayu Singapura
Dengan karya2 tulisan penulis cerpen dan penyair Singapura
Kearah menambahkan peminat2 sastera melayu Singapura...

16/03/2005

Puisi Singapura Bagaimana Ya.

Image hosted by Photobucket.com

Bagaimana ya

Bagaimana ya
Ingin ku nyatakan
Segala kerinduan ini
Sedang bayang-bayangnya
Jauh dipinggiran hutandara
Dan padang kampus
yang maseh hijau.

Bagaimana ya
ingin ku gambarkan
Segala keresahan ini
Bila warna pelangi
Kian luntur perlahan-lahan
dan warkah-warkah ku pun
tidak terusik lagi.

P.S.
Ulasan puisi..
Ku abadikan puisi seorang teman ku didalam blog ku ini ...
Penyair Singapura Puan Sarifah Yatiman...
(sudut penulis-perpustakaan Toa Payoh Singapura)
Semoga kita dapat ketemu kembali...
Buat mengisi dan memenuhi dunia sastera melayu Singapura
Dengan karya2 tulisan penulis cerpen dan penyair Singapura
Kearah menambahkan peminat2 sastera melayu Singapura....

07/03/2005

Puisi Kawan Singapura

Image hosted by Photobucket.com

Kadang2 terfikir juga
Mana menghilang kawan2 lama
Yang pada satu ketika dahulu
Berapi-rapi menulis
Bersama-sama
Di kota Singapura.

Barangkali...
Masing2 maseh lagi sibuk dengan urusan kehidupan
Maseh sibuk mencari duit
Maseh sibuk dengan pekerjaan
Maseh sibuk dengan perniagaan
Maseh sibuk melayan ahli keluarga
Maseh sibuk berehat-rehat berkelah
Atau terlalu sibuk mengejar waktu
Sehingga terkupa diri.

Atau barangkali...

Sudah terlupa pada janji2 dan cita2 dahulu
Cita-cita bersama
Untuk menambahkan minat menulis
Didalam masyarakat melayu islam Singapura.

Entahlah....
Aku pun begitu juga
Sudah tersilap langkah
Terhimpit dengan arus kehidupan
Hilang didalam keraguan
Cuba mengejar pelangi
Hingga terlupa cita dan janji
Yang pernah diucapi.

Kini aku kembali lagi
Buat meneruskan cerita lama
Sebagai pengisi hati dan jiwa
Pengubat luka lama.

01/03/2005

Puisi Islam Singapura.



Wahai bangsa Islam ku
Marilah kita bersatu
Kita bangkit bersama-sama
Meredah hutan belantara ini
Berbekal iman didalam dada
Dengan semangat bersaudara!

Jangan biarkan mereka berkata
Umat Islam tidak berguna
Umat Islam mundur segala
Umat Islam punca bencana

Kita tunjukkan kepada mereka
Bahawa kita umat mulia
Berakhlak sopan kelakuan kita
Salam sejahtera ucapan kita
Pertumpahan darah kebencian kita!

Wahai saudara2 ku.
Marilah kita kumpul bersama
Kita isikan iman didada
Kita musnahkan segala prasangka
Bukankah kita bersaudara?

Semoga kita diredai Tuhan.
Kepada DIA kita kembali!

25/02/2005

Cerpen Dan Cerita Orang Singapura.



Banyak yang dapat aku tuliskan disini tentang kehidupan diriku dan masyarakat MELAYU ISLAM ku di SINGAPURA.
Barangkali ada yang tidak berapa suka dengan apa yang ku tuliskan disini....

Terpulanglah...
Disini adalah tempat ku...!
Disini adalah dunia kebebasan ku...!

Sekurang2nya, aku telah mula berani untuk meluahkan pendapat dan pandangan ku tentang sikap manusia2 yang hidup disekeliling ku di Singapura. Apa yang ku harapkan ialah satu sikap keberanian dan kejujuran bersuara dari diriku dan bangsa MELAYU ISLAM ku di Singapura.

Niat dihati ini... semata2 ingin melihat bangsa MELAYU ISLAM ku bersikap berani maju kedepan untuk berani bersuara kearah kebaikkan semua manusia dan keamanan serta kesejahteraan.

Ku ucapkan salam kenal kepada semua ahli keluarga blogspirit dengan penuh hormat dan semangat persahabatan.
Semoga kehadiran ku akan memeriahkan lagi DUNIA PENULISAN SASTERA MELAYU SINGAPURA.