25/12/2009

Tahun baharu 2010

Selamat datang tahun 2010!

Bersedia atau pun tidak,  tahun baharu 2010 pasti bakal datang menjenguk!
Aku rasa dan aku dengar .... dunia nie semakin PANAS!

Dunia semakin panas!
Dunia semakin panas!

Barangkali dunia ni dah nak meletop agaknya ...heheheheheheee...

Aku bukan apa-apa...
Cuma aku teramatlah percaya bahawa semua orang pasti bakal MATI!

Dunia panas kee....atau dunia sejuk keee....
Yang pasti semua bakal mati pada satu hari nanti!
hehehehheee...


 

27/02/2009

Menulis madah cinta 2009

Dah lama aku tak menulis...
Madah cinta
Puisi cinta
Cerpen terbaik
Koleksi sajak dan cerpen terbaik
DAN.... Kritik masyarakat....
Dan..

Aku sibuk!

12/12/2006

Cerpen terbaik - Singapura tahun 2007

CERPEN TERBAIK - SINGAPURA TAHUN 2007.

Sebenarnya aku memang rasa malas nak tulis!
Kepala aku pening
Badan aku letih!
Hati aku sakit!
Betul2 punya sakit!

Rasa bosan dengan Singapuraku semakin bertambah2!
Sebabnya adalah mudah....
CUKAI!
CUKAI!
Cukai GST 7% ....!

Aku bertambah meluat dengan sikap pemrintah Singapura ku!
Dan itulah kisah pengakhir tahun 2006 ku...

19/07/2006

Cerpen terbaik cerita terbaik Singapura.

CERPEN TERBAIK CERITA TERBAIK SINGAPURA.

Aku kata dan aku seru kepada semua umat islam  Singapura...

INGATLAH....
Banyak2 ingat Tuhan,  banyak2lah beribadat dan banyak2lah berbuat kebaikkan sesama manusia kerana mengharap keredaan Tuhan!

Aku pesan....
Jangan jadi manusia yang gila harta dunia!
Jangan jadi manusia yang sibuk mengejar harta dunia!
Jangan jadi macam karun!
Jangan jadi macam Fir'aun!
Jangan terpedaya dengan godaan nafsu dunia!
Jangan terpedaya dengan budaya barat yang anti Islam!

KERANA...
Itu semuanya merosakkan kita!
Itu semuanya tidak kekal!
Itu semuanya tidak menjamin nasib kita di hadapan Tuhan nanti!

Ingatlah pesanku ini!
DAN...
Sampaikanlah pesan ini kepada semua umat islam sedunia....

20/02/2006

Cerpen terbaik sebuah cereka

CERPEN TERBAIK SEBUAH CEREKA

Supaya mudah difaham....
Biarlah dijelaskan disini....
Bahawa sebuah karya cerpen itu ialah sebuah karya cerita reka (cereka)...imaginasi seorang penulis yang menghasilkan sebuah tulisan pendek hasil daya fikir imaginasinya!

Cerpen adalah bererti cerita pendek.
Cerpen juga bererti cerita pendek yang direka tulis.. (cereka)

Cerpen bukanlah sebuah berita informasi tulin!
Cerpen bukanlah sebuah tulisan journal peribadi!
Cerpen bukanlah sebuah novel!
Cerpen bukanlah ....bukanlah....bukanlah...

CERPEN ADALAH SEBUAH CEREKA...!! (cerita yang direka)

Olih itu...
Kita tidak perlu rasa ragu untuk mengarang sebuah CEREKA!
Kita tidak perlu merasa bimbang untk mengarang sebuah cerita reka!
Kita tidak perlu merasa takut untuk mengarang sebuah karya imaginasi kita!
Walaupun ada orang yang mengatakan bahawa itu adalah sebuah kisah yang benar!....kerana tajuk cereka kita itu adakah CERPEN!

Mari kita terus menulis CERPEN!

 

14/11/2005

Cerpen terbaik selamat hari raya idul fitri - Bulan Syawal

CERPEN TERBAIK SELAMAT HARI RAYA IDUL FITRI - BULAN SYAWAL

Selamat hari raya idul fitri...maaf zahir dan bathin!
Tangan dihulur,  ampun dan maaf dipinta
Buang yang keruh,  ambil yang jernih.

Aku pun seperti biasa melalui hari2 dibulan syawal ..bulan hari raya ini dengan menziarah kerumah sanak saudara serta sahabat handai.....

Bermacam2 perasaan melanda diri ku ini!
Kadang2 tercucur juga setetes air-mata apabila melihatkan mereka2 itu saling bersalam-salaman memohon ampun dan maaf diantara satu sama lain....

Itulah dia semangat hari raya idul fitri!
Satu budaya pengerat tali siraturrahim sesama saudara seagama dan sebangsa.
Tidak kira dimana pun mereka berada.
Dan...aku tersentuh!

Apa pun yang telah berlaku
Setiap manusia ada kelemahan dan kesilapannya
Termasuk diriku juga.....

MAKA...
Hari raya idul fitri adalah penawarnya!
Penawar dan pelembut hati manusia yang keras!
Supaya cuba berusaha merendah diri dengan memohon maaf kepada yang lain
Dengan wajah dan hati yang penuh keikhlasaan
Mengharap ampunan dan keredaan Tuhan...!

 

27/10/2005

Puisi terbaik bulan ramadhan satu.

PUISI TERBAIK BULAN RAMADHAN SATU.

Bulan ramadhan bulan yang mulia
Mulia kerana umat islam diperintah untuk berpuasa mendidik diri sendiri dan mensucikan diri mereka supaya menjadi manusia yang baik, berguna dan mulia kepada seluruh umat manusia!

Bulan ramadhan adalah bulan yang mulia!
Umat islam adalah umat yang mulia!
Mulia kerana...mereka diperintahkan supaya berusaha sepanjang hidup mereka berusaha menjadi manusia yang mulia,  luhur jiwanya lagi berguna kepada semua umat manusia!

Bulan ramadhan adalah bulan berpuasa dan beribadat!
Umat islam diperintahkan supaya berpuasa dari segala sikap2 yang hina,  jahat,  tamak halobakan daki dunia,  pedengki,  busuk hati dan segala kotornya perasaan hati dan jiwa mereka!

Bulan ramadhan adalah bulan yang aman dan diberkati!
Umat islam dilarang mempunyai sikap permusuhan!
Di larang bersikap keganasan!
Di larang bersikap penindasan!
Di larang bersikap perkauman!
Di larang bersikap kemusnahan!
Di larang bersikap sombong bongkak seperti firaun!
Di larang bersikap anti bermasyarakt!
Di larang bersikap kejahatan....!!!

Semoga bulan ramadhan menjadi satu inspirasi kepada seluruh umat islam untuk berusaha menjadi manusia mulia didunia dan akhirat,  dzahir dan bathin!

 

16/10/2005

Madah cinta azam bulan ramadhan

MADAH CINTA AZAM BULAN RAMADHAN

Bulan ramadhan...!
Di bulan ramadhan inilah aku berazam
Aku bela kebaikkan
Aku bela keluhuran
Aku bela kesucian
Aku bela keamanan
Aku bela kedamaian
Aku bela persahabatan
Aku bela kemajuan
Aku bela kasih sayang
Aku bela agama ku...

Bulan ramadhan....!
Akan ku bela kebaikkan dan sifat peri kemanusian....Walaupun aku didalam kesusahan.
Akan ku bela kebaikkan....Walaupun aku miskin papa kedana
Akan ku bela keamanan....Walaupun aku sakit atau menderita
Akan ku bela keluhuran.....Walau pun aku bodoh penuh kekurangan
Akan ku bela kesucian.......Walaupun aku gagal atau kecewa
Akan ku bela kasih sayang.....Walaupun aku sedih atau ditimpa bencana
Akan ku bela kedamaian.....Walaupun aku tidak disanjung manusia
Akan ku bela syiar agama ku......Walupun aku dihina dan ditertawakan manusia....!

Bulan ramadhan....!
Kan ku bela kebaikkan itu semua ...supaya ianya menjadi sifat peribadiku
Sepanjang hayat ku!

 

01/10/2005

Madah Cinta Lagu Ketuhanan

MADAH CINTA LAGU KETUHANAN

Mari kawan2 kita bernyanyi
Mari kita nyanyikan lagu kemesraan
Lagu indah taranum al Quran
Penuh keikhlasan penuh tumpuan
Menyanyi kepada Tuhan kita....

Membuat kita kuat dan gagah
Menyanyi kepada Tuhan kita membuat kita indah dan ramah
Hati kan tenang dan teguh
Penuh kerinduan nan kukuh.

Menyanyi kepada Tuhan kita akan terasa dekat dihati
Yang maha Esa
Yang maha pengampun
Yang maha indah
Yang maha pengasih
Allah Tuhan kita.

Marilah kita menyanyi bersama-sama
Bertaranum al Quran bersama-sama
Memuja dan memuji Tuhan kita
Sepanjang hayat kita.

27/09/2005

Madah Cinta Sebuah Cerpen Islam

MADAH CINTA SEBUAH CERPEN ISLAM.

Kalau diuji disuruh pergi kemajils mengaji al Quran...
Baharukah kita tahu siapa sebenarnya orang itu!
Baharulah kita tahu samaada orang itu sebenar2nya berjiwa islam!
Baharulah kita tahu samaada orang itu sebenar2nya berjiwa soleh lagi beriman!

Ramai yang cuma mengaji al Quran dirumah secara sendiri-sendiri....
TETAPI....
Tidak ramai yang berjiwa bermasyarakat yang mahu dan suka menghadiri majlis2 tilawah mengaji al Quran!

Bila berdakwah dan bersyarah agama...mulutnya berapi-api...
Tetapi bila dipelawa untuk hadir kemajlis tilawah mengaji al Quran...ada2 saja alasan yang diberi untuk menolak!
Itulah dia sikap kebanyakkan masyarakat melayu islam Singapura ku!
Kalau tidak percaya...cubalah membuat kajian dan survey!

Majils tilawah mengaji al Quran sudah mulai dilengahkakan dan dilupakan!
Mereka sudah tidak cenderung lagi!
Mereka sudah tidak suka lagi!
Mereka sudah tidak minat lagi!
Hati dan jiwa mereka sudah suka dan cenderung kepada yang lain!
BUKAN kepada majlis tilawah mengaji al Quran mereka sendiri!
Bukan kepada majlis kebun Tuhan mereka sendiri!
Bukan kepada majlis kalam Tuhan mereka sendiri!

Mereka merasa malu,  segan dan takut kepada majlis tilawah mengaji al Quran!
Mereka merasa malu,  segan dan lengah kepada majlis zikru Tuhan mereka sendiri!
DENGAN...seribu alasan dan dalih!
Itulah sikap hati jiwa kebanyakkan masyarakat Islam Singapura ku!

07/09/2005

Cerpen terbaik apa?

CERPEN TERBAIK APA?

Apa yang hendak dikata?
Hidup di Singapura....
Dan dia pun tahu yang dia tidak dapat berbuat apa-apa!
Keadaan disekelilingnya sudah sebegitu rupa.
Manusia2 di Singapura memang sudah ramai yang gilakan wang dan kekayaan!
Sudah ramai yang mulai lupa bahawa hidup didunia ini cuma sementara.

Apa pun yang dia fikirkan, namun masa tetap berjalan terus.
Dia saolah2 dapat merasakan bahawa keruntuhan nilai2 moral manusia2 disekelilingnya semakin menjadi2!
Dia juga dapat melihat keruntuhan semangat jiwa2 islam didalam diri kebanyakkan masyarakat islamnya!

* Kau tahu tak ?.....anak aku sudah mula jadi liar! Anak aku sudah tidak mahu lagi beribadat! *
* Anak aku sudah berfikiran barat! *
* Anak aku sudah tidak lagi mementingkan nilai2 islam dan semangat islam didalam dirinya! *
* Anak aku sudah cenderung hati kesukaannya dan fikirannya kepada budaya barat dan gaya hidup ala barat! *
* Anak aku sudah tidak lagi mahu mendengar nasihat aku! *

Kata2 itu masih terngiang2 ditelinganya.
Kata2 keluhan hati dari seorang kawan ditempat kerjanya.
Dan dia cuma dapat memberi sedikit simpati kepada kawannya itu.
Masing2 merasa begitu lemah. Masing2 tidak dapat berbuat apa2!

Dia terus berfikir....
Dan masa tetap berjalan terus....

01/08/2005

Puisi Cinta Lembah - Cerpenpuisi.

Image hosted by Photobucket.com

 

PUISI CINTA LEMBAH - Cerpenpuisi

Nun jauh dihujung sana
Ku lihat sebuah lembah
Ada ramai orang sedang berkumpul disitu
Mereka sedang bersuka ria
Duduk berkumpul disekeliling unggun api
Sambil berpuisi!

Hati ku merasa damai melihatkan itu semua
Bibir ku mengukir sebuah senyuman
Dada ku bergetar!
Dan aku ingin kesana
Ingin mengembara kesana
Ingin sekali….
Ingin bersama-sama mereka dilembah itu ingin berpuisi…
Ingin meluahkan rasa isi hati…

Dan aku pun tahu
Pastinya…
Lembah itu bukan di Singapura ku!


INFO..
Puisi ini diambil dari blog..
http://cerpenpuisi.blogspot.com/

24/07/2005

Puisi Cinta Puisi Terbaik - Koleksi Puisi Sitan

KOLEKSI PUISI SITAN
PUISI TERBAIK BETAPA

Betapa mata ini telah menyaksikan
Langit biru yang terbentang luas
Dipenuhi dengan bintang-bintang
Lorekan awan
Dan lakaran sebuah lukisan
Yang penuh misteri
Dalam sebuah bayangan
Tentang kehidupan.

 

Betapa telinga ini telah mendengarkan
Tiupan bayu dalam keheningan
Membawa lagu-lagu sendu
Yang menusuk jiwa
Merintih halwa telinga
Tangisan dimana-mana
Memohon keindahan dan kedamaian.

 

Betapa diri ini telah merasakan
Satu perjalanan yang panjang lagi menjenuhkan
Tentang sebuah kehidupan
Pahit dan manis
Suka dan duka
Penuh pancaroba
Dihujani berbagai soalan
Yang tidak terduga
Entah sampai bila
Penghujung akhirnya.


PEMBERITAHUAN.
Puisi ini telah aku ambil sebagai bahan bacaanku sendiri dari BLOG..
http://sitan.blogdrive.com/
(Sila rujuk blog tersebut)

10/07/2005

Cerpen Terbaik Umat Islam Kini.

CERPEN TERBAIK UMAT ISLAM KINI.

Aku telah lama berfikir...
Kenapa umat islam mundur dan kocar kacir?
Kenapa umat islam lemah iman dan lemah semangat persaudaraannya?
Kenapa umat islam tidak bersatu?
Kenapa umat islam senang diperbodoh2kan oleh musuhnya?

Aku juga telah lama berfikir...
Kenapa umat islam masih lemah imannya?
Kenapa umat islam masih lemah islamnya?
Dan...
Aku masih membuat kajian tentang itu semua!

Kali ini aku cuba memberi pendapat ku tentang semua soalan2 diatas tadi secara ASAS sahaja.
Kerana aku masih belum habis kajian ku tentang perkara2 diatas tadi!
Selebihnya...terpulanglah kepada pembaca2 sekelian membuat kesimpulan.

Jawapan kepada soalan2 diatas tadi ialah...
Umat islam mempunyai terlalu banyak masaalah sikap dan masaalah hati-jiwa!
Umat islam mempunyai terlalu banyak penyakit SIKAP dan penyakit hati jiwa!
Umat islam mesti mengubah sikap mereka dan memperbetulkan hati-jiwa mereka!
Mereka mesti memeriksa sikap mereka sendiri dan juga memeriksa hati-jiwa mereka sendiri.   Dan kemudian mereka perlu berusaha bersungguh2 memperbetulkan,  memperbaiki sikap dan hati jiwa mereka!
Selagi mereka tidak memperbetulkan sikap dan hati-jiwa mereka.....selagi itulah mereka tidak akan kuat iman,  tidak akan kuat islam,   tidak akan bersatu,  mundur,  sentiasa lemah dan kocar kacir!

Ubat yang paling baik untuk memulakan langkah pertama pengobatan masaalah sikap dan hati jiwa umat islam ialah....
Mereka mesti diasuh,  di didik,  ditanamkan dan ditiupkan semangat pentingkan masyarakat islam mereka sendiri ....lebih daripada diri mereka sendiri!
Mereka perlu diasuh supaya jangan pentingkan diri mereka sendir...tetapi hendaklah bersemangat pentingkan bangsa masyarakat islam mereka!
Dengan cara inilah,  iman mereka akan kuat!
Dengan cara inilah islam mereka akan kuat!
Dengan cara sikap dan jiwa beginilah mereka hidup dan mati!

Katakan kapada mereka...!!!
Kita mesti pentingkan bangsa islam kita lebih daripada diri kita sendiri!
Kita mesti utamakan kepentingan masyarakat islam kita...lebih daripada keluarga kita dan diri kita sendiri!
Kita mestilah mempunyai semangat bermasyarakat epanjang hayat!
Kita mesti ajar tentang ini kepada anak2 kita!
Kita mesti tanamkan semangat begini didalam anak2 kita dan diri kita sendiri!
Semangat mementingkan masyarakat islam!
Semangat mengutamakan masyarakat umat islam lebih dari diri sendiri!
Semangat berkorban sepanjang hayat untuk masyarakat islam!
Semangat tidak mementingkan diri sendiri..tetapi lebih mementingkan masyarakat islam!
Semangat itulah yang mesti ada pada semua umat islam!

Kita mesti bersemangat seperti orang2 soleh dahulukala!
Kerana ...orang2 soleh dahulu kala tidak mementingkan diri mereka!
Orang2 soleh dahulukala lebih mementingkan masyarakat islam mereka lebih daripada diri mereka sendiri sepanjang hayat mereka!
Itulah jalannya dan caranya...orang2 soleh dahulukala menguatkan iman mereka didalam hidup mereka!
Itulah corak sikap orang2 soleh dahulukala!
Itulah hati jiwa orang2 soleh dahulukala!
Dan itulah juga sikap dan hati jiwa sekelian para2 rasul Tuhan!

Selagi kita tidak bersikap seperti mereka...selagi itulah kita akan sentiasa lemah iman,  lemah islam,  sentiasa tidak bersatu, kocar kacir dan tidak akan mendapat kekuatan jiwa!

Olih itu...
Usaha untuk mempunyai sikap dan hati jiwa seperti orang2 soleh dahulukala adalah amat penting sekali!
Tidakkah kita mahu jadi seperti mereka?...(orang soleh dahulukala )


01/07/2005

Cerpen Terbaik Mari Menulis Puisi Dan Kritik

CERPEN TERBAIK MARI MENULIS PUISI DAN KRITIK.

Aku menyeru semua orang2 melayu islam di Singapura supaya menulis didalam blog percuma ini!
Mari kita gunakan alat moden ini untuk menulis!

Kita ajak kawan2 kita menulis.
Katakan kepada mereka bahawa.....
Mereka boleh menulis PUISI CINTA.
Mereka boleh menulis PUISI KASIH.
Mereka boleh menulis CERITA CINTA ROMANTIS.
Mereka boleh menulis PUISI TERBAIK mereka.
Tiada sesiapa yang melarang!

Mereka boleh menulis journal peribadi mereka.
Mereka boleh menulis CERPEN TERBAIK.
Mereka boleh menulis KRITIK MASYARAKAT!
Atau apa-apa sahaja!
Mereka bebas menulis didalam blog2 percuma yang amat banyak didalam alam cyber ini!  Mereka tidak dikenakan sebarang bayaran...kerana ia adalah PERCUMA!!

Kita pupuk semangat menulis didalam diri kita dan masyarakat kita.   Supaya mereka berani menulis dan memerhatikan keadaan sekeliling mereka!   Mereka boleh menulis berbahasa melayu tentang apa2 yang mereka lihat dan dengar.  

Terangkan kepada mereka bahawa menulis didalam blog percuma ini amat mudah! (tidak dikenakan sebarang bayaran)
Mereka akan dapat meluahkan perasaa yang terbuku didalam dada mereka!   Mereka tidak perlu takut untuk menulis!
Jangan percaya kepada kata2 yang cuba menghalang kebebasaan kita untuk menulis!
Sistem democracy tidak menghalang kita untuk menulis!
Kita bebas mengkritik apa2 yang kurang baik yang kita lihat atau dengar!
Kita mengkritik untuk kebaikkan masyarakat kita dan negara kita!
Kita mengkritik untuk kebaikkan seluruh umat manusia!

Dan jadilah manusia2 yang bebas dari ketakutan untuk bersuara dan menulis!

 

30/06/2005

Cerpen Terbaik Kebahagian.

CERPEN TERBAIK KEBAHAGIAN.

Kita boleh bertanya kepada diri kita sendiri apa itu kebahagian?
Apa itu kesenangan?
Apa itu kebahagian?
Apa itu ketenteraman jiwa?

Kita perlu duduk sebentar dengan fikiran yang tenang dan waras sambil merenung dan berfikir tentang itu!

Cuba kita lihat disekeliling kita!
Kita lihat manusia2 disekeliling kita. Kita lihat jiran2 kita, ahli keluarga kita, kawan2 kita, masyarakat kita dan akhir sekali...kita lihat diri kita sendiri.....
Kita akan dapati...semua manusia mengejar kebahagian didalam hidup mereka ini!

Dan kemudian....
Mari kita buat kajian tentang tajuk itu!

Kita akan dapati....semua manusia yang hidup didunia ini cuba berusaha mengejar kebahagian masing2 didalam bentuk perkara yang berbedza-bedza dan berbagai2 cara yang berbedza2!

Ada yang bahagia kerana berjaya didalam pelajaran dan jawatan mereka....
Ada yang bahagia kerana mempunyai kekayaan harta benda dan maju perniagaan mereka..
Ada yang bahagia kerana berjaya mendapatkan apa2 cita2 kebendaan mereka...
Ada yang bahagian kerana mempunyai keluarga kukuh dan mesra lagi berkasih sayang!
Ada yang bahagia kerana dapat mengerjakan amal soleh.
Ada yang bahagia kerana merasa cinta kepada Tuhannya....
Dan berbagai2 bentuk dan contoh lainnya....

Dengan lain perkataan....
Semua manusia cuba mengejar kebahagian masing2!
Sedar ataupun tidak....sengaja atau pun tidak....semua manusia adalah didalam perjalanan kearah itu!

Agama Islam telah mengajar manusia fahaman2 dan cara2 untuk mencapai kebahagian di dunia dan akhirat!
Manusia yang waras dan berakal akhirnya akan bersetuju bahawa...agama islam adalah cara2 dan jalan yang terbaik untuk manusia mencapai kebahagian hati perasaan dan jiwa yang murni!

Sebagai umat islam....marilah kita mengejar kebahagian hidup didunia dan akhirat dengan mengunakan kaedah agama islam kita sendiri sebagai pedoman hidup!

Tiada jalan lain melainkan dengan pedoman Al Quran dan sunnah Rasul...!!
Buat mencapai kebahagian hidup didunia dan akhirat !!

06/06/2005

Cerpen Terbaik Umat Islam.

CERPEN TERBAIK UMAT ISLAM.

Ingin aku katakan disini....
Jika ada sesiapa yang bertanyakan kepada kita tentang agama islam dan umat islam....
Hendaklah kita jawab dan jelaskan dengan jawapan yang amat mudah seperti dibawah ini!

Tulisanku dibawah ini akan menjelaskan banyak soalan2 tentang islam dan umat islam!
Dan aku mulakan dengan kata-kata seperti begini...!

Katakan kepada mereka.....!

Kita umat islam hanya mahu hidup untuk menyembah TUHAN!
Kita umat islam hanya mahu hidup untuk berbuat baik sesama manusia!
Kerana itulah yang disuruh oleh TUHAN kita!
Kerana itulah yang diperintahkan oleh TUHAN kita!
Kerana TUHAN kita mahu semua umat islam yang hidup didunai ini menyembah DIA!
Kerana TUHAN kita mahu semua umat islam berbuat baik kepada semua manusia didunia ini!

Katakan kepada mereka....!
Itulah dia ideologi agama islam kita!
Itulah dia ideologi hidup kita
Itulah dia cita-cita hidup mati kita!
Itulah dia matlamat hidup kita!
Itulah dia pendidikan agama islam kita!
Itulah dia budaya hidup umat islam kita!
Itulah dia yang telah diajarkan dan disampaikan oleh RASUL kita!
Itulah dia yang termaktub di dalam kitab al Quran kita!
Dan....
Itulah dia sebenar-benarnya umat islam!!!

Katakan kepada mereka....
Kita umat islam hanya mahu hidup untuk menyembah TUHAN!
Kita umat islam hanya mahu hidup untuk berbuat baik sesama manusia!

Katakan kepada mereka...
Kita umat islam hidup bukan kerana mengejar harta
Kita umat islam hidup bukan kerana mengejar kaya
Kita umat islam hidup bukan kerana mengejar nama
Kita umat islam hidup bukan kerana mengejar kesenangan dunia
Kita umat islam hidup bukan kerana mengejar kuasa
Kita umat islam hidup bukan kerana mengejar pangkat dan kedudukan
Kita umat islam hidup bukan kerana mengejar haloba dunia
Kita umat islam hidup bukan kerana mengejar dan menjajah dunia
Kerana....
Kita umat islam hanya mahu hidup mencari keredaan TUHAN kita dan menyembah TUHAN kita!

Apa salahkah kita umat islam yang mahu hidup hanya kerana untuk menyembah TUHAN kita?
Apa salahkah kita umat islam yang mahu hidup untuk berbuat baik sesama manusia kerana mengharap keredaan TUHAN kita?
Apakah itu agama yang salah dan ganas?
Apakah itu ajaran setan dan iblis?
Apakah itu satu tipuan?
Apakah itu satu agama yang sesat?
Apakah itu satu kemunduran?
Apakah itu satu kejahilan, kepalsuan dan kebodohan?
Apakah itu satu kezaliman?

Jawapannya ialah....TIDAK sama sekali!

Oleh itu....
Kita katakan kepada mereka lagi....
Semua manusia akan mati pada satu hari nanti..!
Dan kita umat islam mahu hidup untuk menyembah TUHAN kita dan berbuat baik sesama manusia!
Dan kita juga akan mati dan kembali kepada TUHAN kita didalam keadaan begitu!

11/05/2005

Cerpen Terbaik Mudah.

Image hosted by Photobucket.com

Hidup ini adalah mudah!
Menjalani kehidupan ini adalah sesuatu yang mudah. Cuma manusia sahaja yang merumitkannya!
Kita sudah tidak tahu untuk berfikir secara mudah! Kita sudah terperangkap dengan cara pemikiran dan sudut pandangan yang rumit. Kita sudah terpedaya dengan berbagai2 ideologi yang rumit lagi merumitkan fikiran dan membebankan!

Sebab itu, kita menjadi rumit!
Sebab itu hidup kita menjadi rumit!
Yang akhirnya cuma tinggal memikul beban pemikiran didalam kehidupan kerana kebodohan diri kita sendiri. Kebodohan kerana tidak tahu berfikir secara mudah dan simple. Kebodohan kerana tidak tahu hidup dengan mudah dan simple!
Kebodohan kerana tidak mempunyai ideologi hidup yang mudah lagi simple!

Hidup ini penuh dengan propaganda!
Kita sudah terlalu terpengaruh dan dipenuhi dengan percampuran dengan ramai manusia2 yang rumit yang memperopangandakan idea2 hidup yang rumit!
Ada yang terlalu berfikir untuk berjaya didalam hidupnya!
Ada yang terlalu berfikir untuk menjadi kaya-raya dan hidup mewah didalam hidup ini. Ada yang terlalu berfikir untuk mencapai sesuatu kejayaan didalam hidup mereka.

Macam2 propaganda!
Macam2 idea tentang kehidupan!
Macam2 saranan dan cadangan..!

Masing2 telah bekerja keras dan berfikir bersungguh sehingga menjadi rumit dan kusut!
Berfikir....terus berfikir...fikir...fikir...sehingga kepenatan dan menjadi rumit!
Berusaha...terus berusaha....usaha...usaha.... sehingga keletihan dan menjadi stress!

Ini semua kerana faktor keadaan sekeliling yang penuh dengan orang2 yang rumit lagi bodoh!
Bodoh kerana tidak tahu tentang ideologi kehidupan yang mudah lagi simple!
Bodoh tentang betapa mudahnya kehidupan ini!
Bodoh kerana terlalu mengikutkan hawa-nafsu kedunian!
Bodoh kerana tidak sedar bahawa kematian itu pasti tiba tidak kira sesiapa dan pada bila2 masa sahaja!

Aku kata sekali lagi bahawa hidup ini adalah mudah!
Kerana kita mempunyai ideologi hidup yang mudah lagi simple!
Ideologi kita ialah hidup ini cuma untuk beribadat kepada Tuhan kita dan berbuat baik kepada sesama manusia!
Menyembah Tuhan dan berbuat baik kepada manusia itu adalah sesuatu yang mudah dan simple!

Kita tidak memerlukan kekayaan dan kemewahan hidup untuk menyembah Tuhan kita!
Kita tidak memerlukan banyak kepandaian untuk meneruskan hidup buat menyembah Tuhan kita!
Kita tidak memerlukan gaya hidup mewah atau jawatan2 tinggi untuk menyembah Tuhan kita!
Yang kita perlukan ialah sekeping hati yang jujur lagi ikhlas didalam hidup ini buat menyembah Tuhan kita!
Itulah lah dia satu ideologi hidup yang amat mudah lagi simple yang sesuai untuk semua manusia didunia ini yang berakal waras!

Ideologi yang amat mudah lagi simple..!
Ideologi hidup menyembah Tuhan dan berbuat baik sesama manusia!
Dan kita tidak memerlukan ideologi2 lain yangmerumitkan kepala yang penuh dikuasai oleh hawa-nafsu yang membebankan diri kita dan kehidupan kita!

21/04/2005

Puisi Terbaik Peraduan Mengarang 2005.

Image hosted by Photobucket.com

Sebelum terlambat...
Berita untuk semua peminat seni sastera di Singapura.

Pengumuman untuk Peminat2 Sastera diSingapura.
Kepada PENULIS2 dan PENGARANG2 CERPEN diSingapura dan juga PENYAIR PUISI diSingapura, disini ada maklumat untuk anda.

PERTANDINGAN MENULIS CERPEN DAN PUISI diSINGAPURA
ANUGERAH PENA EMAS 2005
Anjuran NATIONAL ARTS COUNCIL SINGAPORE

Untuk pengetahuan anda.
IKLAN tentang pertandingan ini telah pun disiarkan didalam...
Suratkhabar BERITA HARIAN SINGAPURA bertarikh 29 mac 2005 dimuka surat 05. (sila rujuk )
Tarikh tutup untuk menyertai pertandingan tersebut ialah 23 mei 2005.
Sila dapatkan borang penyertaan di pejabat MAJLIS SENI KEBANGSAAN (NAC) atau melalui lelaman internet NAC di http://www.nac.gov.sg/
Segal pertanyaan bolehlah menghubungi pihak NAC.

Pertandingan ini telah ditaja oleh,
PRESS FOUNDATION OF SINGAPORE dan juga,
SINGAPORE PRESS HOLDINGS.

Satu berita baik buat peminat2 seni penulisan sastera berbahasa melayu diSingapura.
Aku mengalu2kan usaha pihak national arts council Singapore kerana menganjurkan pertandingan ini. Ini adalah satu usaha yang baik untuk mengalakkan perkembangan seni tulisan sastera melayu diSingapura.

Kepada semua PENGARANG CERPEN TERBAIK, PENYAIR PUISI TERBAIK Singapura dan PENULIS SINGAPURA pendatang baru.... harap silalah ambil bahagian.

07/04/2005

Puisi Terbaik-Penyair Mohamad Elias Bin Yusuf Singapura.

Image hosted by Photobucket.com

PUISI TERBAIK SINGAPURA
MENITI JEMBATAN.

Sudah berapa kali
jembatan ini rapuh
dimakan panas dan hujan
kasihan kulitnya berkedut
dadanya mengerut kehancuran

Sudah berapa kali
jambatan ini bertukar
berbagai corak rekaan
demi mengeratkan dua pihak
yang terpisah

Sudah berapa kali
mereka meniti jembatan ini
pun tidak pernah menghiraukan
cuma tahu memakai
dari perusaha membuatnya.


P.S.
Ulasan puisi..
Ku abadikan puisi seorang teman ku didalam blog ku ini ...
Penyair Singapura Saudara Mohamed Elias Yusuf...
(sudut penulis-perpustakaan Toa Payoh Singapura)

Semoga kita dapat ketemu kembali...
Buat mengisi dan memenuhi dunia sastera melayu Singapura
Dengan karya2 tulisan penulis cerpen dan penyair Singapura
Kearah menambahkan peminat2 sastera melayu Singapura...

1 2 Next